Madrasah Mingguan (Bahasa Melayu)

Madrasah Mingguan Darul Huffaz mula diperkenalkan pada tahun 2010. Semenjak itu, Madrasah Mingguan ini telah bertambah baik dengan penggunaan silibus yang releven dengan konteks Singapura. Walau bagaimanapun, ia tetap mengekalkan pembelajaran tradisi yang diperkenalkan oleh para ulama dahulu, iaitu pembahagian pendidikan Islam kepada subjek-subjek Fardu ‘Ain: Al-Quran, Tauhid, Fiqh, Akhlak dan Seerah.

Klik di sini untuk mendaftar.

BAHASA PENGANTAR
Bahasa pengantar ialah Melayu. Namun, para guru akan menggunakan Bahasa Inggeris sekiranya pelajar mendapati kesukaran memahami penerangan sesebuah konsep dalam Bahasa Melayu.

OBJEKTIF
1. mengetahui dan mengamalkan asas-asas Fiqh dalam bahagian Ibadat
2. mengingati dan memahami pembahasan-pembahasan penting dalam ilmu Tauhid
3. menunjukkan akhlak mulia Islam dalam kehidupan seharian
4. memahami sejarah kehidupan Rasulullah s.a.w
5. membaca dan menghafal sebahagian surah-surah pendek Al-Quran

JENIS MADRASAH
1. Umur 7-8 tahun : Madrasah Kanak-kanak (selama 2 tahun)
2. Umur 9-10 tahun : Madrasah Pra-Remaja (selama 2 tahun)
3. Umur 11-12 tahun : Madrasah Remaja (selama 2 tahun)
4. Umur 13-15 tahun : Madrasah Belia (selama 3 tahun)

SUBJEK
1. Al-Quran
2. Tauhid
3. Fiqh
4. Akhlak
5. Seerah

HARI DAN MASA
Madrasah Kanak-kanak, Pra-Remaja dan Remaja
Sabtu, 2.00 – 5.00 ptg (3 jam)
Madrasah Belia
Sabtu, 5.15 – 6.45 pm (1.5 jam)

Kelas akan bermula pada Sabtu, 7 Jan 2023.
Sila rujuk ke Academic Calendar untuk tarikh-tarikh cuti dan pengajian.

SEMESTER
Semester 1 : Januari – Mei
Semester 2 : Julai – Oktober
Setiap semester mempunyai 16 sesi pengajian.

PENILAIAN
Madrasah Kanak-kanak & Pra-Remaja
Markah akan diambil daripada berikut:
– Kehadiran: 10%
– Partisipasi dalam kelas: 20%
– Penilaian bagi tugasan dalam kelas: 70%

Madrasah Remaja & Belia
Markah akan diambil daripada berikut:
– Kehadiran: 10%
– Partisipasi dalam kelas: 10%
– Penilaian bagi tugasan dalam kelas: 30%
– Peperiksaan Akhir Semester: 50%

Pelajar layak untuk peringkat lebih tinggi jika lulus lebih 50% bagi kedua-dua semester.

PENGANUGERAHAN SIJIL DAN SLIP KEPUTUSAN
Slip Keputusan akan diberikan kepada pelajar yang selesai setiap semester.
Sijil Graduasi akan diberikan kepada pelajar yang telah selesai pengajian Madrasah Belia.

PENGAJIAN LANJUT
Pelajar yang telah tamat pengajian Madrasah Belia boleh ikuti Pengajian Pendidikan Islam (PPI) di Darul Huffaz.

YURAN
Yuran semester: $250
Yuran buku dan peperiksaan: $50 / semester.

PENDAFTARAN
Klik di sini untuk mendaftar.