Program Pendidikan Islam Lanjutan (PPIL)

MENGENAI PENGAJIAN INI
PPIL adalah untuk mereka yang ingin mendalami ilmu Islam di peringkat kolej. Kandungan kursus ini berpandukan silibus subjek Syariah dan Usuluiddin di peringkat GCE A Level.

SYARAT KEMASUKAN
Pemohon perlu ada sijil atau kelulusan bagi salah satu yang berikut:
1.  Program Pengajian Islam dan Al-Quran (PPIQ)
2.  Program Pendidikan Islam (PPI)
3.  Sijil Pengajian Islam Pergas (SPI)
4.  GCE O Level in Pengetahuan Agama Islam (IRK)

BAHASA PENGANTARAAN
Bahasa pengantaraan ialah Melayu.

OBJEKTIF PENDIDIKAN
Di akhir pengajian ini, pelajar akan berupaya untuk:
1.  menerangkan dengan mendalam aqidah Islam
2.  menjelaskan hukum-hukum berkenaan kahwin cerai dan muamalat
3.  membuat perbandingan dan mengetahui pembentukan hukum syarak pada tamadun Islam
4.  mengaplikasikan prinsip dan kaedah Syariah
5.  membincangkan isu-isu penting yang berkaitan dengan Ulum Al-Quran dan Ulum Al-Hadith
6.  menilai konteks yang sesuai bagi akhlak Islam dalam kehidupan seharian
7.  mengkaji maksud beberapa ayat Al-Quran dan beberapa hadith yang dipilih.

MODUL
1.  Aqidah
Subjek ini membincangkan dengan mendalam enam rukun Iman dan klafikasi Aqidah Islam kepada Tauhid into Uluhiyat, Nubuwwat dan Sam’iyat.

2.  Fiqh Mu’amalat
Subjek ini membincangkan beberapa hukum yang bersangkutan dengan jual beli dalam Islam.

3.  Fiqh Munakahat
Subjek ini membincangkan beberapa hukum yang bersangkutan dengan kahwin, cerai, hak penjagaan anak dan pembahagian harta pusaka dalam Islam.

4.  Usul Fiqh
Subjek ini membincangkan beberapa kaedah dan prinsip Fiqh.

5.  Sejarah Perundangan Islam
Subjek ini membincangkan pembentukan perundangan Islam dari zaman Rasulullah s.a.w hingga ke zaman pemerintahan Uthmaniyah.

6.  Tasauf
Subjek ini membincangkan aspek kerohanian Islam, cara pembersihan jiwa daripada sifat-sifat keji dan penghiasannya dengan sifat-sifat terpuji.

7.  ‘Ulum Al-Quran
Subjek ini membincangkan beberapa topik penting Ulum Al-Quran.

8.  ‘Ulum Hadith
Subjek ini membincangkan beberapa topik penting Ulum Al-Hadith.

9.  Hadith 40 & Sahih Bukhari (hadis-hadis terpilih)
Subjek ini membincangkan maksud daripada beberapa hadis yang terpilih..

10.  Tafsir (surah dan ayat terpilih)
Subjek ini membincangkan maksud beberapa ayat-ayat Al-Quran yang terpilih.

TEMPOH PENGAJIAN
Terdapat dua cara pengajian:
Express : 2 tahun
Normal : 4 tahun

HARI DAN MASA
Express :
Setiap Isnin – Khamis, 2.15 – 5.00 ptg (3 jam), ATAU
Setiap Ahad, 9.00 pagi – 1.00 ptg (4 jam)
Normal
:
Setiap Selasa, 6.00 – 8.15 mlm (2 jam)

SEMESTER
Semester 1 : January–April
Semester 2 : July–October
Setiap semester adalah selama 4 bulan.
Setiap semester mempunyai 16 sesi.
Klik di sini untuk kalendar PPIL.

SUBJEK-SUBJEK EXPRESS
Tahun 1 : Tafsir & Hadith | ‘Ulum Al-Quran  |  ‘Ulum Hadith  |  Fiqh Munakahat  |  Fiqh Mu’amalat | Bahasa Arab*
Tahun 2 : Aqidah | Tasauf  |  Usul Fiqh   |   Sejarah Perundangan Islam | Bahasa Arab*
* Hanya ditawarkan untuk kelas Isnin-Khamis.

SUBJEK-SUBJEK NORMAL
Tahun 1 : Tafsir & Hadith | Fiqh Munakahat
Tahun 2 : ‘Ulum Al-Quran &  ‘Ulum Hadith  | Fiqh Mu’amalat
Tahun 3 : Aqidah  | Usul Fiqh
Tahun 4 : Tasauf  |  Sejarah Perundangan Islam

BILANGAN MINIMUM PELAJAR
Express : 5 pelajar
Normal : 4 pelajar

PENILAIAN PENDIDIKAN
Pelajar perlu duduki peperiksaan bertulis pada akhir setiap modul. Pelajar perlu mendapat markah minimum 50% untuk lulus.

PENGANUGERAHAN SIJIL DAN SLIP KEPUTUSAN PEPERIKSAAN
Slip Keputusan Peperiksaan akan diberikan kepada pelajar yang menduduki peperiksaan modul. Pelajar yang lulus kesemua lapan modul akan dianugerahkan Sijil Pendidikan Islam Lanjutan. Pelajar digalakkan untuk menduduki peperiksaan GCE A Level bagi Syariah dan Usuluddin setelah selesai mengambil semua lapan modul.

KELAS PERSIAPAN ‘A’ LEVEL
Darul Huffaz akan mengadakan kelas khas persiapan bagi peperiksaan GCE A Level untuk subjek Syariah and Usuluddin.

PENGAJIAN LANJUTAN
Markah yang baik bagi kertas Syariah and Usuluddin pada peringkat A level akan memudahkan pelajar untuk meneruskan pengajian lanjutan di kolej-koleh Islam di Malaysia.

YURAN
Yuran pendaftaran ialah $20.
Yuran pengajian & peperiksaan pengajian Express : $350 / semester
Yuran pengajian & peperiksaan pengajian Normal: $250 / semester

PENDAFTARAN
Klik di sini untuk mendaftar.