Pengajian ini adalah di peringkat GCE O-Level bagi subjek Pengetahuan Agama Islam (IRK).
BENTUK KELAS
Kelas dijalankan secara hybrid (14 sesi melalui Zoom dan 2 sesi dalam kelas)
Rakaman setiap sesi melalui Zoom disediakan untuk mereka yang inginkan.
BAHASA PENGANTARAAN
Bahasa pengantaraan ialah Melayu.
SYARAT KEMASUKAN
– umur 15 tahun ke atas
– pernah mengikuti madrasah separuh masa
TEMPOH PENGAJIAN
4 semester
Pelajar tidak perlu ikuti semua semester berturut-turut. Boleh selang-seli jika mahu.
TEMPOH SEMESTER
16 minggu. Kelas bermula pada Sabtu, 7 Januari 2023.
Sila rujuk Academic Calendar.
HARI DAN WAKTU KELAS
Sabtu, 3.30 – 5.00 ptg
MODUL
1. Fiqh
2. Tauhid
3. Akhlak
4. Sirah
1 modul bagi setiap semester.
Klik di sini untuk butiran silabus.
JADUAL MODUL
2022 : Sem 1 – Sirah | Sem 2 – Tauhid
2023 : Sem 1 – Akhlak & Fiqh | Sem 2 – Fiqh
2024 : Sem 1 – Sirah | Sem 2 – Tauhid
PENILAIAN
Tiada peperiksaan akhir semester untuk pengajian ini. Sebaliknya, pelajar akan dinilai melalui ujian. Namun, pelajar tidak diwajibkan untuk menjawab ujian tersebut.
PENGANUGERAHAN SIJIL
Pelajar yang mempunyai kehadiran lebih daripada 50% bagi setiap semester akan dianugerahkan dengan Sijil PPI bagi modul semester tersebut. Pelajar yang menjawab ujian akan dianugerahkan gred yang tertera di Sijilnya. Pelajar yang telah tamat kesemua 4 modul akan dianugerahkan Sijil Tamat Pengajian PPI.
PENGAJIAN LANJUTAN
Pelajar yang telah tamat pengajian PPI boleh meneruskan pengajian mereka di peringkat Pengajian Pendidikan Islam Lanjutan (PPIL). Mereka juga boleh mengambil peperiksaan IRK di peringkat GCE-O.
YURAN
Yuran semester : $250
Yuran pendaftaran bagi pelajar baru : $20
Pelajar perlu beli sendiri buku-buku teks yang diperlukan.
BUKU TEKS
1) Pengetahuan Agama Islam : Akhlak & Fiqh
2) Pengetahuan Agama Islam : Tauhid & Sirah
Klik di sini untuk beli dari kedai online Pergas.
PENDAFTARAN
Klik di sini untuk mendaftar.