Pengajian Pendidikan Islam Lanjutan (PPIL)

PPIL adalah pengajian di peringkat A-Level. Modul-modul yang ditawarkan adalah untuk peperiksaan kertas Syariah dan Usuluddin.

BENTUK KELAS
Kelas dijalankan secara online melalui Zoom.
Rakaman setiap sesi disediakan untuk ulangkaji.

BAHASA PENGANTARAAN
Bahasa pengantaraan ialah Melayu.

SYARAT KEMASUKAN
– umur 17 tahun ke atas
– lulus pengajian PPI atau lulus peperiksaan subjek IRK 

TEMPOH PENGAJIAN
6 semester
Pelajar tidak perlu ikuti semua semester berturut-turut. Boleh selang-seli jika mahu.

TEMPOH SEMESTER
16 minggu. Bermula pada Rabu, 4 Januari 2023
Sila rujuk Academic Calendar.

WAKTU KELAS
Rabu, 8.00 – 9.30 mlm

MODUL
1. Fiqh Muamalat
2. Fiqh Munakahat
3. Usul Fiqh
4. Sejarah Perundangan Islam
5. Tasauf
6. Tauhid
7. Ulum Hadith dan Ulum Al-Quran
8. Hadith dan Tafsir
1 atau 2 modul bagi setiap semester.

JADUAL MODUL
2022 : Sem 1 – Fiqh Muamalat   |   Sem 2 – Fiqh Munakahat
2023 : Sem 1 –  Usul Fiqh & Sejarah Perundangan Islam   |   Sem 2 – Tasauf & Tauhid
2024 : Sem 1 – Ulum Hadith & Ulum Al-Quran   |   Sem 2 – Hadith & Tafsir
2025 : Sem 1 – Fiqh Muamalat   |   Sem 2 – Fiqh Munakahat

PENILAIAN
Tiada peperiksaan akhir semester untuk pengajian ini. Sebaliknya, pelajar akan dinilai melalui ujian atau projek. Namun, pelajar tidak diwajibkan untuk mengambil ujian atau melakukan projek tersebut.

PENGANUGERAHAN SIJIL
Pelajar yang mempunyai kehadiran lebih daripada 50% bagi setiap semester akan dianugerahkan dengan Sijil PPIL bagi modul semester tersebut. Pelajar yang menjawab ujian atau melakukan projek yang diberikan akan dianugerahkan gred yang tertera di Sijilnya. Pelajar yang telah tamat kesemua 4 modul akan dianugerahkan Sijil Tamat Pengajian PPIL.

PENGAJIAN LANJUTAN
Pelajar yang telah tamat pengajian PPIL boleh meneruskan pengajian mereka di peringkat Pengajian Pendidikan Agama Dewasa (PPAD). Mereka juga boleh mengambil peperiksaan Syariah dan Usuluddin di peringkat GCE-A.

YURAN
Yuran semester : $250
Yuran pendaftaran bagi pelajar baru : $20
Pelajar perlu beli sendiri buku-buku teks yang diperlukan.

PENDAFTARAN
Klik di sini untuk mendaftar.