Pengajian Pendidikan Agama Dewasa (PPAD)

PPAD adalah program pengajian di peringkat tinggi bagi mereka yang sudah ikuti pengajian PPIL dan yang setaraf dengannya.

BENTUK KELAS
Kelas dijalankan dalam kelas fizikal di Darul Huffaz Learning Centre dan juga online.

BAHASA PENGANTARAAN
Bahasa pengantaraan ialah Melayu.

SYARAT KEMASUKAN
– umur 20 tahun ke atas
– lulus pengajian PPIL atau lulus peperiksaan subjek Syariah dan Usuluddin di peringkat GCE A Level.

TEMPOH PENGAJIAN
4 semester. Kelas bermula pada Ahad, 8 Januari 2023
Pelajar tidak perlu ikuti semua semester berturut-turut. Boleh selang-seli jika mahu.

WAKTU KELAS
Setiap Ahad
Modul 1 : 9.30 – 11.00 pagi
Modul 2 : 11.30 – 1.00 ptg
Modul 3 : Online (Isnin, 8-9 mlm)

TEMPOH SEMESTER
16 minggu
Sila rujuk Academic Calendar.

MODUL
1.
Qawaid Fiqhiyyah
2. Maqasid Syariah
3. Tasauf Lanjutan
4. Ulum Al-Quran Lanjutan
5. Ulum Hadith Lanjutan
6. Tafsir dan Mufassir
7. Hadith Ahkam
8. Kitab Hadith dan Muhaddith
9. Tafsir Ayat Ahkam
10. Falak Syar’i (I) (dalam bahasa Inggeris)
11. Falak Syar’i (II) (dalam bahasa Inggeris)
Pelajar boleh memilih untuk ikuti hanya satu modul atau kesemua modul untuk mana-mana semester.

JADUAL MODUL
2022 Sem 1
Modul 1 : Tasauf Lanjutan
Modul 2 : Qawaid Fiqhiyyah

2022 Sem 2
Modul 1 : Ulum Al-Quran Lanjutan
Modul 2 : Maqasid Syariah & Usul Fiqh

2023 Sem 1
Modul 1 : Tafsir dan Mufassir
Modul 2 : Hadith Ahkam
Modul 3 : Falak Syar’i (I)

2023 Sem 2
Modul 1 : Kitab Hadith dan Muhaddith
Modul 2 : Tafsir Ayat Ahkam
Modul 3 : Falak Syar’i (II)

PENILAIAN
Tiada peperiksaan akhir semester dan tiada penilaian dalam kelas untuk pengajian ini.

PENGANUGERAHAN SIJIL
Pelajar yang mempunyai kehadiran lebih daripada 50% bagi setiap semester akan dianugerahkan dengan Sijil PPAD bagi modul semester yang diambil.

YURAN
Yuran modul : $200
Yuran pendaftaran bagi pelajar baru : $20
Pelajar perlu beli sendiri buku-buku teks yang diperlukan.

PENDAFTARAN
Klik di sini untuk mendaftar.