Tafsir Juz 18
Juz 18 Al-Quran mengandungi tiga surah: Mu’minun, Nur dan Furqan.
Surah Mu’minun dan Furqan diturunkan di Mekkah. Maka kedua-dua surah ini banyak mengandungi kenyataan Tauhid dan ayat-ayat Kauniyah yang menceritakan ciptaan-ciptaan Allah s.w.t di langit dan bumi dan pada diri manusia. Sebagai contoh, surah Mu’minun bermula dengan cerita berkenaan ciptaan manusia dalam rahim ibu yang amat ajaib.
Surah Nur pula diturunkan di Madinah. Maka ia mengandungi banyak ayat berkenaan dengan hukum. Antaranya hukum Li’an dan hukum menutup aurat. Ia juga mengandungi kisah di mana Saiyidatina ‘Aishah r.a difitnah oleh orang-orang munafiq.
Juz 18 ini mengandungi banyak lagi perkara-perkara menarik. Mari mendalami maksud dan tafsir Juz 18 ini bersama-sama dengan Ustaz Muhammad Mihdhar Mahmood Al-Hafiz.
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Di akhir kursus ini, peserta akan dapat mengetahui tafsir Juz 18 Al-Quran.
BAHASA
Kursus ini dijalankan dalam bahasa Melayu.
SYARAT KEMASUKAN
Tiada syarat kemasukan
HARI & MASA
Hari
Sabtu
Masa
8.00 – 10.00 malam (2 jam)
TARIKH
Tarikh
Modul 1 : 5, 12, 19, 26 Oktober 2024
Modul 2 : 2, 9, 16, 23 November 2024
Modul 3 : 4, 11, 18, 25 Januari 2025
Sila rujuk kepada Academic Calendar untuk tarikh-tarikhnya.
YURAN
Yuran Kursus
$80 / modul (termasuk buku pdf Terjemahan Juzuk 18)
*Peserta yang ingin buku yang dicetak perlu membayar tambahan $10
Yuran Pendaftaran
$20 bagi pelajar baru