Darul Huffaz Learning Centre

DARUL HUFFAZ LEARNING CENTRE

Caring for your Quranic Needs
Caring for your Quranic Needs

Tafsir Juz 17

Juz 17 Al-Quran mengandungi dua surah yang menarik. Surah pertama ialah surah al-Anbiya’ dan surah kedua ialah surah al-Haj.

Surah al-Anbiya’ diberikan nama sedemikian kerana ia surah yang paling banyak memuatkan cerita-cerita nabi dan rasul. Dimulakan dengan kisah Nabi Ibrahim a.s menghadapi kaumnya sehingga baginda a.s dibakar oleh mereka. Kemudian diikuti dengan kisah Nabi Lut a.s, Nabi Nuh a.s, Nabi Daud a.s, Nabi Sulaiman a.s, Nabi Ayub a.s, Nabi Yunus a.s, Nabi Zakaria a.s, Nabi Yahya a.s dan diakhiri dengan kisah ringkas Nabi Isa a.s.

Surah al-Haj pula mengandungi perintah berkenaan haji, keizinan untuk berperang dan sebuah kisah yang amat menarik: bagaimana Iblis cuba perdayakan Rasulullah s.a.w dengan ayat yang mengandungi kenyataan syirik yang diselitkan dalam sejumlah ayat Al-Quran yang dibaca oleh Rasulullah s.a.w. 

Apakah ayat tersebut? Dan apakah kisah para nabi dan rasul yang disebut oleh Allah s.w.t dalam surah al-Anbiya’ itu?

Ikuti kursus tafsir Juz 17 ini bersama Ustaz Muhammad Mihdhar Mahmood Al-Hafiz.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Di akhir kursus ini, peserta akan dapat mengetahui tafsir Juz 17 Al-Quran.

BAHASA

Kursus ini dijalankan dalam bahasa Melayu.

SYARAT KEMASUKAN

Tiada syarat kemasukan

HARI & MASA

Hari
Sabtu

Masa
8.00 – 10.00 malam (2 jam)

TARIKH

Tarikh
Modul 1 : 4, 11, 18, 25 Mei
Modul 2 : 6, 13, 20, 27 Julai
Modul 3 : 3, 17, 24, 31 Ogos

Sila rujuk kepada Academic Calendar untuk tarikh-tarikhnya.

YURAN

Yuran Kursus
$80 / modul (termasuk buku pdf Terjemahan Juzuk 17) 
*Peserta yang ingin buku yang dicetak perlu membayar tambahan $10

Yuran Pendaftaran
$20 bagi pelajar baru 

PENDAFTARAN

Scroll to Top

Subscribe To Our Mailing List for Latest Updates

Please enable JavaScript in your browser to complete this form.