Darul Huffaz Learning Centre

DARUL HUFFAZ LEARNING CENTRE

Caring for your Quranic Needs
Caring for your Quranic Needs

Madrasah Mingguan

Madrasah Mingguan mula diperkenalkan pada tahun 2010. Ia terbahagi kepada 4 peringkat:

  1. Kanak-kanak (7-8 tahun)
  2. Pra-Remaja (9-10 tahun)
  3. Remaja (11-12 tahun)
  4. Belia (13-15 tahun)

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Di akhir pengajian, pelajar akan mampu::

  • Mengetahui dan mengamalkan asas-asas Fiqh dalam bahagian Ibadat
  • Mengingati dan memahami pembahasan-pembahasan penting dalam ilmu Tauhid
  • Menunjukkan akhlak mulia Islam dalam kehidupan seharian
  • Memahami sejarah kehidupan Rasulullah s.a.w
  • Membaca Al-Quran

BAHASA

Bahasa pengantar ialah Melayu. Namun, para guru akan menggunakan Bahasa Inggeris sekiranya pelajar mendapati kesukaran memahami penerangan sesebuah konsep dalam Bahasa Melayu.

SYARAT KEMASUKAN

Berumur antara 7 hingga 14 tahun.

HARI DAN MASA

PENGAMBILAN 2024
Peringkat Kanak-kanak, Pra-Remaja dan Remaja
Ahad, 2.00 – 5.00 ptg (3 jam)

Madrasah Belia
Sabtu, 5.15 – 6.45 pm (1.5 jam)

Semester
Semester 1: Januari – Mei
Semester 2: Julai – November

Sila rujuk kepada Academic Calendar untuk tarikh-tarikhnya.

TEMPOH PENGAJIAN

Peringkat Kanak-kanak, Pra-Remaja dan Remaja
Setiap peringkat adalah selama 2 tahun.

Madrasah Belia
3 tahun

PERINGKAT

Madrasah Kanak-Kanak
Peringkat umur 7-8 tahun

Madrasah Pra-Remaja
Peringkat umur 9-10 tahun

Madrasah Remaja
Peringkat umur 11-12 tahun

Madrasah Belia
Peringkat umur 13-15 tahun

SUBJEK-SUBJEK

  • Al-Quran
  • Tauhid
  • Fiqh
  • Akhlak
  • Seerah

YURAN

Yuran Pengajian
$250 / semester

Yuran Buku dan Peperiksaan
$50 / semester

PENILAIAN

Peringkat Kanak-Kanak dan Pra-Remaja
Gred bagi setiap subjek akan diberikan berdasarkan kelakonan dan penilaian dalam kelas. Tiada peperiksaan akhir semester.

Peringkat Remaja dan Belia
Markah akan diambil daripada berikut:

  • Kehadiran: 10%
  • Partisipasi dalam kelas: 10%
  • Penilaian bagi tugasan dalam kelas: 30%
  • Peperiksaan Akhir Semester: 50%

SIJIL

  • Slip Keputusan akan diberikan kepada pelajar yang selesai setiap semester.
  • Sijil Tamat Pengajian akan diberikan kepada pelajar yang telah selesai pengajian peringkat Belia.

PENGAJIAN LANJUTAN

Pelajar yang telah tamat pengajian Madrasah Belia boleh ikuti Pengajian Pendidikan Islam (PPI) di Darul Huffaz.

PENDAFTARAN

Pendaftaran ditutup pada akhir Januari setiap tahun.

Scroll to Top

Subscribe To Our Mailing List for Latest Updates

Please enable JavaScript in your browser to complete this form.