Darul Huffaz Learning Centre

DARUL HUFFAZ LEARNING CENTRE

Caring for your Quranic Needs
Caring for your Quranic Needs

Madrasah Tahfiz (PPIQ)

Pengajian Pendidikan Islam dan Al-Quran (PPIQ) adalah pengajian tahfiz harian dengan tambahan pengajian agama. Dengan penekanan terhadap pembacaan dan penghafalan ayat-ayat Al-Quran serta silibus yang tidak memberatkan pelajar, PPIQ memberikan pengalaman yang menarik untuk pelajar-pelajarnya.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Di akhir pengajian, pelajar akan mampu::

  1. Menghafal sekurang-kurangnya 8 juz Al-Quran dengan bacaan yang baik
  2. Memahami Fiqh Ibadat
  3. Memahami akidah Islam
  4. Mencerminkan akhlak Islam dalam kehidupan seharian
  5. Mengetahui secara dasar sejarah awal Islam
  6. Menghafal lebih 100 hadis pendek
  7. Memahami asas Ulum Al-Quran
  8. Membaca Al-Quran dengan Tajwid yang betul
  9. Mempunyai kemahiran Bahasa Melayu pada peringkat GCE O Level
  10. Mempunyai kemahiran asas Bahasa Inggeris untuk perbualan seharian
  11. Mempraktikkan ilmu Matematik dalam kehidupan seharian

BAHASA

Madrasah dijalankan sepenuhnya dalam Bahasa Melayu melainkan subjek-subjek Matematik dan English.

SYARAT KEMASUKAN

  • Mampu membaca Al-Quran
  • Berumur 13 – 16 tahun

HARI DAN MASA

Hari
Isnin hingga Jumaat

Kelas Tahfiz
9 pagi – 12 tghari

Subjek 1
12.30 – 1.20 ptg

Subjek 2
1.25 – 2.15 ptg

Semester
Semester 1: Januari – Mei
Semester 2: Julai – November

Sila rujuk kepada Academic Calendar untuk tarikh-tarikhnya.

TEMPOH PENGAJIAN

PPIQ adalah selama 4 tahun. Setiap peringkat adalah selama 1 tahun.

PERATURAN PELAJAR

Semua pelajar PPIQ perlu patuh pada peraturan-peraturan pelajar. Sila klik di sini untuk membaca peraturan-peraturan tersebut.

SUBJEK-SUBJEK

Subjek-subjek Agama
1. Tauhid
2. Fiqh
3. Akhlak
4. Sirah
5. Hadith
6. Ulum Al-Quran
7. Ulum Hadith
8. IRK

Subjek-subjek Al-Quran
1. Tahfiz
2. Tajwid
3. Tafsir Ayat-Ayat Akhlak

Subjek-subjek Akademik
1. Bahasa Melayu
2. Bahasa Arab
4. Matematik *
5. English *
*Pelajar-pelajar dibahagikan mengikut tahap kemahiran mereka.

YURAN

Yuran Pengajian
$140 / bulan

Yuran Buku dan Peperiksaan
$80 / semester

Deposit
$140
Deposit hanya dipulangkan selepas setahun pelajar ikuti pengajian PPIQ.

PENILAIAN

Penilaian untuk setiap semester adalah seperti berikut:

  • Kehadiran: 10%
  • Penilaian dalam kelas Tahfiz: 10%
  • Penilaian dalam kelas untuk subjek: 20%
  • Peperiksaan semester untuk Tahfiz: 80%
  • Peperiksaan semester untuk subjek: 70%
  • Peratus minimum untuk lulus ialah 50%

SIJIL

  • Slip Keputusan Peperiksaan akan diberikan selepas setiap peperiksaan semester.
  • Sijil PPIQ akan diberikan kepada pelajar yang telah tamat pengajian Tahun 4.

PENGAJIAN LANJUTAN

Pelajar boleh sambung pelajaran mereka di peringkat Pengajian Pendidikan Islam Lanjutan (PPIL) di Darul Huffaz dan program-program lain yang setaraf di luar.

PENDAFTARAN

Pendaftaran ditutup pada akhir Januari setiap tahun.

Scroll to Top

Subscribe To Our Mailing List for Latest Updates

Please enable JavaScript in your browser to complete this form.