Darul Huffaz Learning Centre

Caring for your Quranic Needs
Caring for your Quranic Needs

Tafsir Juz 18

Juz 18 Al-Quran mengandungi tiga surah: Mu’minun, Nur dan Furqan. 

Surah Mu’minun dan Furqan diturunkan di Mekkah. Maka kedua-dua surah ini banyak mengandungi kenyataan Tauhid dan ayat-ayat Kauniyah yang menceritakan ciptaan-ciptaan Allah s.w.t di langit dan bumi dan pada diri manusia. Sebagai contoh, surah Mu’minun bermula dengan cerita berkenaan ciptaan manusia dalam rahim ibu yang amat ajaib. 

Surah Nur pula diturunkan di Madinah. Maka ia mengandungi banyak ayat berkenaan dengan hukum. Antaranya hukum Li’an dan hukum menutup aurat. Ia juga mengandungi kisah di mana Saiyidatina ‘Aishah r.a difitnah oleh orang-orang munafiq. 

Juz 18 ini mengandungi banyak lagi perkara-perkara menarik. Mari mendalami maksud dan tafsir Juz 18 ini bersama-sama dengan Ustaz Muhammad Mihdhar Mahmood Al-Hafiz.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Di akhir kursus ini, peserta akan dapat mengetahui tafsir Juz 18 Al-Quran.

BAHASA

Kursus ini dijalankan dalam bahasa Melayu.

SYARAT KEMASUKAN

Tiada syarat kemasukan

HARI & MASA

Hari
Sabtu

Masa
8.00 – 10.00 malam (2 jam)

TARIKH

Tarikh
Modul 1 : 5, 12, 19, 26 Oktober 2024
Modul 2 : 2, 9, 16, 23 November 2024
Modul 3 : 4, 11, 18, 25 Januari 2025

Sila rujuk kepada Academic Calendar untuk tarikh-tarikhnya.

YURAN

Yuran Kursus
$80 / modul (termasuk buku pdf Terjemahan Juzuk 18) 
*Peserta yang ingin buku yang dicetak perlu membayar tambahan $10

Yuran Pendaftaran
$20 bagi pelajar baru 

PENDAFTARAN

Scroll to Top

Subscribe To Our Mailing List for Latest Updates

Please enable JavaScript in your browser to complete this form.