Sijil Pengajian Islam (SPI) Pergas

PENGENALAN
Sijil Pengajian Islam (SPI) Pergas merupakan antara pengajian Islam yang tertua di Singapura. Dimulakan pada tahun 1980an, ia telah melahirkan ramai asatizah. Pengajian ini merupakan batu loncatan untuk pengajian Islam yang lebih tinggi di Pergas sehingga ke peringkat degree.

Klik di sini untuk mendaftar.

SYARAT KEMASUKAN

  • Berumur 16 tahun ke atas
  • Mampu membaca Al-Quran peringkat asas*

* Pelajar yang tidak memenuhi syarat ini dibenarkan untuk membuat permohonan tetapi dalam masa yang sama dia dikehendaki mengikuti kursus-kursus pengajian Al-Quran di Darul Huffaz.

OBJEKTIF

  • Melahirkan individu Muslim yang memahami Islam, beramal dengannya dan menjalankan kewajipan Islahi.
  • Membantu pelajar membaca al-Quran dengan lancar beserta tajwid.

TEMPOH PENGAJIAN
Pengajian SPI ini adalah selama 2 tahun.

SEMESTER
Setiap tahun dibahagikan kepada tiga semester: Sem 1 & 3 adalah semester panjang. Sem 2 adalah semester pendek.

MASA KELAS
Selasa: 6.30 – 10.00 mlm Klik di sini untuk jadual 2018
Sabtu : 2.00 – 5.15 ptg Klik di sini untuk jadual 2018
Ahad : 9.30 pagi – 1.00 ptg  Klik di sini untuk jadual 2018

SUBJEK
Subjek-subjek yang dipelajari adalah:
1. Aqidah
2. Tafsir
3. Hadis
4. Sirah Nabawiyah
5. Tajwid
6. Fiqh

UJIAN
Pelajar akan menduduki ujian SPI Pergas pada setiap akhir semester. Pelajar yang lulus semua modul akan diberikan Sijil SPI Pergas dan layak untuk meneruskan pengajian peringkat Sijil Lanjutan Pengajian Islam (SLPI) Pergas.

YURAN
Semester Panjang (14 sesi) : $300/semester
Semester Pendek (7 sesi) : $240/semester
(dibayar pada awal semester)

YURAN PENDAFTARAN
$150 (dibayar pada waktu pendaftaran)

YURAN PEPERIKSAAN
$75 (dibayar 2 minggu sebelum akhir semester)

PENDAFTARAN ONLINE
Klik di sini untuk mendaftar.