Bukti Kebenaran Al-Quran

Bilangan kanak-kanak yang meningkat remaja yang mula mempersoalkan kesahihan dan ketulenan Al-Quran, semakin meningkat.

Soalan-soalan seperti berikut bermain-main di benak fikiran kebanyakan daripada mereka:
1. Bagaimana kita tahu yang Al-Quran adalah wahyu?
2. Apa bukti yang Al-Quran itu benar-benar daripada Allah?
3. Kenapa kita mesti terus berpegang kepada kitab yang sudah 1400 tahun umurnya? Dah tak relevan sangat pada zaman sekarang.

Sebelum soalan-soalan seperti ini menghakis keimanan anak-anak anda, dan sebelum mereka mula mempersoalkan kebenaran Islam itu sendiri, adalah penting untuk menangani prasangka negatif ini.

Sebagai salah satu program cuti sekolah September, Darul Huffaz akan berusaha menangani persoalan-persoalan ini dan memberikan keyakinan yang tidak berbelah bagi akan kebenaran Al-Quran dalam sebuah ceramah ringkas untuk kanak-kanak yang meningkat remaja.

SYARAT KEMASUKAN
1) lelaki dan perempuan
2) berumur 11 – 14 tahun

TARIKH
Isnin, 3 September 2018

MASA
2.30 – 4.00 ptg (1.30 jam)

YURAN KURSUS
$20 sahaja

PENCERAMAH
Ustazah Sri Nadia bte Ahmad al-Hafizah

PENDAFTARAN
Sila klik di sini untuk mendaftar.