Sijil Pengajian Islam (SPI) Pergas

PENGENALAN
Sijil Pengajian Islam (SPI) Pergas merupakan antara pengajian Islam yang tertua di Singapura. Dimulakan pada tahun 1980an, ia telah melahirkan ramai asatizah.

SYARAT KEMASUKAN

  • Berumur 16 tahun ke atas
  • Individu yang pernah mengikuti kursus fardu ‘ain yang diiktiraf
  • Mampu membaca Al-Quran peringkat asas*

* Pelajar yang tidak memenuhi syarat ini dibenarkan untuk membuat permohonan tetapi dalam masa yang sama dia dikehendaki mengikuti kursus-kursus pengajian Al-Quran di Darul Huffaz.

OBJEKTIF

  • Melahirkan individu Muslim yang memahami Islam, beramal dengannya dan menjalankan kewajipan Islahi.
  • Membantu pelajar membaca al-Quran dengan lancar beserta tajwid.

JADUAL PENGAJIAN
Tempoh pengajian adalah selama dua tahun. Setiap tahun dibahagikan kepada dua semester.
Semester 1 : Januari—Mei 2017
Semester 2 : Julai—November 2017
Semester 3 : Januari—Mei 2018
Semester 4 : Julai—November 2018

MASA KELAS
Kelas Hujung Minggu
Ahad: 2.00 — 6.00 ptg
Kelas Waktu Malam
Selasa: 6.00 – 10.00 mlm 

SUBJEK
Subjek-subjek yang dipelajari adalah:
1. Aqidah
2. Tafsir
3. Hadis
4. Sirah Nabawiyah
5. Tajwid
6. Fiqh

UJIAN
Pelajar akan mengambil SPI Pergas pada setiap akhir semester. Pelajar yang lulus semua modul akan diberikan Sijil SPI Pergas dan layak untuk meneruskan pengajian peringkat Sijil Lanjutan Pengajian Islam (SLPI) Pergas.

YURAN
Yuran : $350/semester (dibayar pada awal semester)

YURAN PENDAFTARAN
$70 (dibayar pada waktu pendaftaran)

YURAN PEPERIKSAAN
$30 (dibayar 2 minggu sebelum akhir semester)