Madrasah Mingguan

Madrasah Mingguan Darul Huffaz bertujuan untuk memberikan pendidikan Islam yang komprehensif kepada kanak-kanak dan remaja. Ia menggunakan silibus khas yang diolah oleh Darul Huffaz mengikut konteks Singapura dan pengalaman kami dalam mengendalikan Madrasah ini selama 8 tahun.

Klik di sini untuk mendaftar.

OBJEKTIF
Madrasah Mingguan mempunyai objektif-objektif berikut:
1) Mendidik pelajar mengenali, menghayati, mencintai dan mengamalkan ajaran Islam
2) Membuka laluan kepada pelajar untuk melanjutkan pelajar ke peringkat SPI Pergas

SUBJEK-SUBJEK
1. Tauhid
2. Fiqh
3. Seerah
4. Akhlak
5. Tahfiz / Al-Quran*
* Pelajar yang tidak mampu menghafal akan dilatih untuk menghafal dan pelajar yang tidak mampu menghafal akan dilatih untuk membaca tanpa menghafal.

PERINGKAT
Madrasah Mingguan terbahagi kepada empat peringkat:
1) Madrasah Kanak-Kanak (2 tahun) : untuk yang berumur 7-8 tahun
2) Madrasah Pra-Remaja (2 tahun) : untuk yang berumur 9-10 tahun
3) Madrasah Remaja (2 tahun) : untuk yang berumur 11-12 tahun
4) Madrasah Belia (3 tahun) : untuk yang berumur 13-15 tahun

SEMESTER
Terdapat 2 semester setiap tahun:
Semester 1 : Januari – Mei
Semester 2 : Julai – November

JADUAL MADRASAH 2018
Umur 7-12 tahun
Ahad, 2 – 5 ptg

Umur 13-15 tahun
Sabtu, 5.15 – 6.45 ptg

KRITERIA KEMASUKAN
1. Pelajar perlu tahu menulis dan membaca Bahasa Melayu.
2. Pelajar akan dimasukkan ke peringkat mengikut umurnya.

PENGANUGERAHAN KEPUTUSAN DAN SIJIL
Pelajar akan dianugerahkan:
1. Slip Keputusan (Result Slip) setelah setiap peperiksaan semester
2. Sijil Madrasah jika selesai peringkat Madrasah Belia

KRITERIA NAIK DARJAH
Pelajar boleh naik darjah jika markah keseluruhan kedua-dua semester tahun tersebut adalah 50% dan ke atas.

YURAN
Yuran semester : $250
Yuran material : $35 / semester (termasuk buku, nota, yuran peperiksaan)

YURAN PENDAFTARAN
$20 bagi mereka yang belum pernah ikuti mana-mana kursus/kelas Darul Huffaz.

PENDAFTARAN ONLINE
Klik di sini untuk mendaftar.