Madrasah Harian

Madrasah Harian PPIQ (Program Pengajian Islam dan al-Quran) ini adalah pengajian tahfiz Al-Quran, subjek-subjek agama dan akademik yang diadakan pada setiap hari, Isnin hingga Jumaat.

Klik di sini untuk mendaftar.

SYARAT KEMASUKAN
1. Berumur 13 tahun ke atas
2. Mampu membaca Al-Quran pada peringkat asas

OBJEKTIF
1. Memberikan peluang kepada pelajar tahfiz sepenuh masa untuk mendalami ilmu Islam sehingga mampu meneruskan pengajian di peringkat lebih tinggi
2. Menyiapkan pelajar dengan kefahaman dalam ilmu Fardu Ain (Aqidah, Fiqh, Sirah dan Akhlak).
3. Menghafal sekurang-kurangnya 8 juzuk al-Quran selepas 4 tahun pengajian.
4. Memperkasa pelajar dengan Bahasa Melayu, Bahasa Arab, Bahasa Inggeris dan asas Matematik.

TEMPOH PENGAJIAN
Tempoh pengajian adalah selama 4 tahun.  Setiap tahun dibahagikan kepada dua semester: Januari-Mei dan Julai-November.

PENGANUGERAHAN SIJIL
Pelajar yang telah tamat pengajian pada Tahun 4 akan dianugerahkan Sijil Pengajian Islam dan al-Quran.

PENGAJIAN LANJUTAN
Pelajar yang telah memenuhi syarat umur digalakkan untuk ambil peperiksaan Sijil Pengajian Islam (SPI) Pergas dan seterusnya ke Sijil Lanjutan Pengajian Islam (SLPI) Pergas .

MASA KELAS
Isnin – Jumaat
9.00 pagi – 2.00 ptg (Perempuan)
12.30 tengahari – 5.00 petang (Lelaki)

SUBJEK
Subjek-subjek Madrasah Harian terbahagi kepada tiga jenis:
– Agama
– Al-Quran
– Akademik

Subjek-subjek Agama
1. Tauhid
2. Fiqh
3. Akhlak
4. Sirah

Subjek-subjek Al-Quran
1. Tahfiz (2 juz setiap tahun) [Iqra’ bagi yang belum mampu menghafal] *
2. Tajwid
3. Ulum Quran  (Tahun 3 & 4 sahaja)
4. Terjemahan Harfiyyah (Tahun 3 & 4 sahaja)

Subjek-subjek Akademik
1. English [Pelajar akan dibahagikan mengikut kemampuannya] *
2. Malay *
3. Arabic *
4. Maths [Pelajar akan dibahagikan mengikut kemampuannya] *

Semua subjek diajar mengikut semester. Subjek yang bertanda * diajar sepanjang tahun.

PEPERIKSAAN
1. Pelajar akan mengambil peperiksaan pada setiap akhir semester.
2. Pelajar dibenarkan untuk naik darjah sekiranya mendapat purata 50% ke atas bagi peperiksaan kedua-dua semester.
3. Pelajar yang tidak hadir kelas lebih daripada 50% kehadiran semester tidak dibenarkan mengambil peperiksaan semester tersebut.

YURAN
Yuran : $140 / bulan (kecuali June dan December)
Yuran material fees : $50/semester (Nota, peperiksaan, Daily Tahfiz Progress Book, report book, buku teks yang diterbitkan oleh Darul Huffaz. TIDAK termasuk buku-buku teks penerbit luar)

YURAN PENDAFTARAN
$20 bagi mereka yang belum pernah ikuti mana-mana kursus/kelas Darul Huffaz.

PENDAFTARAN ONLINE
Klik di sini untuk mendaftar.