Kelas Pengetahuan Agama Islam (IRK)

Subjek Pengetahuan Agama Islam (Islamic Religious Knowledge) merupakan satu-satunya kertas agama tempatan yang masih ditawarkan oleh Singapore Education and Assessment Board (SEAB) semenjak tahun 1984 di peringkat GCE O.

Peperiksaan ini tidak terhad kepada pelajar sekolah sahaja. Ia boleh diambil oleh semua peringkat umur. Jika anda ingin meningkatkan ilmu anda dalam ilmu pengetahuan Islam atau ingin meningkatkan persediaan anda untuk menduduki peperiksaan IRK ini, program ini amat sesuai untuk anda.

Guru yang berpengalaman akan membimbing anda untuk setiap topik dalam silibus IRK, berserta latihan daripada soalan-soalan peperiksaan yang lepas.

Klik di sini untuk mendaftar.

TEMPOH KELAS
Januari – Oktober 2019 (peperiksaan IRK pada November 2019)
Tiada kelas pada bulan Jun.

HARI DAN WAKTU
Pelajar boleh pilih antara Sesi Petang atau Sesi Malam.
Sesi Petang : Setiap Jumaat, 4.00 – 5.30 ptg (1.5 jam)
Sesi Malam : Setiap Rabu, 7.45-9.15 mlm (1.5 jam)

SYARAT KEMASUKAN
Berumur 15 tahun dan ke atas

YURAN
$50 setiap bulan
*$20 bagi mereka yang belum pernah ikuti mana-mana kursus/kelas Darul Huffaz.

BUKU
Semua pelajar diminta membeli buku Pengetahuan Islam Jilid 1 dan Jilid 2. Boleh didapati di Pergas, Popular Bookstores dan Muslimedia@Wisma Indah.

PENDAFTARAN
Klik di sini untuk mendaftar.