Program Pendidikan Islam Lanjutan (PPIL)

MENGENAI PENGAJIAN INI
PPIL adalah untuk mereka yang ingin mendalami ilmu Islam di peringkat kolej. Kandungan kursus ini berpandukan silibus subjek Syariah dan Usuluiddin di peringkat GCE A Level.

SYARAT KEMASUKAN
Pemohon perlu ada sijil atau kelulusan bagi salah satu yang berikut:
1.  Program Pengajian Islam dan Al-Quran (PPIQ)
2.  Program Pendidikan Islam (PPI)
3.  Sijil Pengajian Islam Pergas (SPI)
4.  GCE O Level in Pengetahuan Agama Islam (IRK)

BAHASA PENGANTARAAN
Bahasa pengantaraan ialah Melayu.

OBJEKTIF PENDIDIKAN
Di akhir pengajian ini, pelajar akan berupaya untuk:
1.  menerangkan dengan mendalam aqidah Islam
2.  menjelaskan hukum-hukum berkenaan kahwin cerai dan muamalat
3.  membuat perbandingan dan mengetahui pembentukan hukum syarak pada tamadun Islam
4.  mengaplikasikan prinsip dan kaedah Syariah
5.  membincangkan isu-isu penting yang berkaitan dengan Ulum Al-Quran dan Ulum Al-Hadith
6.  menilai konteks yang sesuai bagi akhlak Islam dalam kehidupan seharian
7.  mengkaji maksud beberapa ayat Al-Quran dan beberapa hadith yang dipilih.

MODUL
1.  Aqidah
Subjek ini membincangkan dengan mendalam enam rukun Iman dan klafikasi Aqidah Islam kepada Tauhid into Uluhiyat, Nubuwwat dan Sam’iyat.

2.  Fiqh Mu’amalat
Subjek ini membincangkan beberapa hukum yang bersangkutan dengan jual beli dalam Islam.

3.  Fiqh Munakahat
Subjek ini membincangkan beberapa hukum yang bersangkutan dengan kahwin, cerai, hak penjagaan anak dan pembahagian harta pusaka dalam Islam.

4.  Usul Fiqh
Subjek ini membincangkan beberapa kaedah dan prinsip Fiqh.

5.  Sejarah Perundangan Islam
Subjek ini membincangkan pembentukan perundangan Islam dari zaman Rasulullah s.a.w hingga ke zaman pemerintahan Uthmaniyah.

6.  Tasauf
Subjek ini membincangkan aspek kerohanian Islam, cara pembersihan jiwa daripada sifat-sifat keji dan penghiasannya dengan sifat-sifat terpuji.

7.  ‘Ulum Al-Quran
Subjek ini membincangkan beberapa topik penting Ulum Al-Quran.

8.  ‘Ulum Hadith
Subjek ini membincangkan beberapa topik penting Ulum Al-Hadith.

9.  Hadith 40 & Sahih Bukhari (hadis-hadis terpilih)
Subjek ini membincangkan maksud daripada beberapa hadis yang terpilih..

10.  Tafsir (surah dan ayat terpilih)
Subjek ini membincangkan maksud beberapa ayat-ayat Al-Quran yang terpilih.

TEMPOH PENGAJIAN
2 tahun

HARI DAN MASA
Pelajar boleh memilih salah satu daripada 3 kelas berikut:
1) Kelas Petang : setiap Selasa & Rabu (2 hari), 2.30 – 5.00 ptg
2) Kelas Malam : setiap Selasa : 6.30 – 10.00 mlm
3) Kelas Pagi : setiap Ahad : 9.30 pagi – 1.00 ptg

SEMESTER
Semester 1 : January–May
Semester 2 : July–November
Setiap semester mempunyai 16 sesi pembelajaran dan 2 sesi peperiksaan. Sila lihat Academic Calendar untuk tarikh-tarikh penting program ini.

SUBJEK-SUBJEK EXPRESS
Setiap semester mempunyai dua modul. Setiap modul adalah selama 1.5 jam setiap sesi.
Kelas Petang
2020 – Sem 1: Usul Fiqh & ‘Ulum Al-Quran & ‘Ulum Hadith
Sem 2: Sejarah Perundangan Islam & Tasauf

Kelas Malam dan Pagi
2020 – Sem 1: Fiqh Mu’amalat & Aqidah
Sem 2: Usul Fiqh & ‘Ulum Al-Quran & ‘Ulum Hadith

2021 – Sem 1: Sejarah Perundangan Islam & Tasauf
Sem 2: Fiqh Munakahat & Hadith 40,  Sahih Bukhari, Tafsir

PENILAIAN PENDIDIKAN
Pelajar perlu duduki peperiksaan bertulis pada akhir setiap modul. Pelajar perlu mendapat markah minimum 50% untuk lulus.

PENGANUGERAHAN SIJIL
Sijil PPIL akan diberikan kepada pelajar mengambil peperiksaan pada akhir setiap semester. Pelajar digalakkan untuk menduduki peperiksaan GCE A Level bagi Syariah dan Usuluddin pada penghujung program ini.

PENGAJIAN LANJUTAN
Markah yang baik bagi kertas Syariah and Usuluddin pada peringkat A level akan memudahkan pelajar untuk meneruskan pengajian lanjutan di kolej-kolej Islam di Malaysia.

YURAN
$350 / semester (termasuk yuran peperiksaan semester)
Pelajar perlu beli sendiri buku-buku teks yang diperlukan.

PENDAFTARAN
Klik di sini untuk mendaftar.