Program Pengajian Islam dan Al-Quran (PPIQ)

MENGENAI PENGAJIAN INI
Program Pengajian Islam dan Al-Quran (PPIQ) adalah pengajian tahfiz harian dengan tambahan pengajian agama. Dengan penekanan terhadap pembacaan dan penghafalan ayat-ayat Al-Quran serta silibus yang tidak memberatkan pelajar, PPIQ memberikan pengalaman yang menarik untuk pelajar-pelajarnya tanpa tekanan yang tidak diperlukan seperti di sekolah-sekolah nasional. Maka hanya segelintir sahaja pelajar-pelajarnya yang berhenti separuh jalan.

SYARAT KEMASUKAN
1.  Mampu membaca Al-Quran
2.  Berumur 13 – 16 tahun

BAHASA PENGANTAR
Bahasa pengantar bagi program ini ialah Melayu.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Selepas 4 tahun pengajian, pelajar dijangkakan mampu untuk:
1.   menghafal sekurang-kurangnya 8 juz Al-Quran dengan bacaan yang baik
2.   memahami Fiqh Ibadat
3.   memahami akidah Islam
4.   mencerminkan akhlak Islam dalam kehidupan seharian
5.   mengetahui secara dasar sejarah awal Islam
6.   menghafal lebih 100 hadis pendek
7.   memahami asas Ulum Al-Quran
8.   membaca Al-Quran dengan Tajwid yang betul
9.   mempunyai kemahiran Bahasa Melayu pada peringkat GCE O Level
10. mempunyai kemahiran asas Bahasa Inggeris untuk perbualan seharian
11.  mempraktikkan ilmu Matematik dalam kehidupan seharian

TEMPOH PENGAJIAN
PPIQ adalah selama 4 tahun. Setiap peringkat adalah selama 1 tahun.

SUBJEK
Subjek-subjek PPIQ terbahagi kepada 3 kategori:
A) Subjek Agama
1.  Tauhid (modular)
2.  Fiqh (modular)
3.  Akhlak (modular)
4.  Sirah (modular)
5. Hadith (modular)

B) Subjek Al-Quran
1.  Tahfiz
2.  Tajwid
3.  Tafsir Ayat-Ayat Akhlak (modular)

C) Subjek Akademik
1.   Bahasa Melayu
2.  Bahasa Arab
4.  Matematik **
5.  English **
**Pelajar-pelajar akan dibahagikan mengikut tahap kemahiran mereka.

Subjek Modular diajar untuk 1 semester sahaja. Subjek bukan modular diajar sepanjang tahun. Ada subjek tidak diajar pada Tahun 3 dan Tahun 4 untuk memberikan lebih banya masa untuk pelajar buat persedian bagi peperiksaan GCE O Level bagi subjek Pengetahuan Agama Islam (IRK) dan Bahasa Melayu.

HARI DAN MASA
Hari: Isnin hingga Jumaat
Kelas Tahfiz : 9 pagi – 12 tghari
Subjek 1 : 12.30 – 1.20 ptg
Subjek 2 : 1.25 – 2.15 ptg

SEMESTER
Semester 1 : January–May
Semester 2 : July–November
Sila lihat Academic Calendar untuk tarikh-tarikh penting program ini.

PROGRAM CUTI SEKOLAH
Pelajar perlu hadir kelas tahfiz harian ketika cuti sekolah. Cuti dibenarkan hanya dengan permintaan waris/ibu bapa.

PENILAIAN
Penilaian untuk setiap semester adalah seperti berikut:
Kehadiran: 10%
Penilaian dalam kelas: 10% untuk Tahfiz | 20% untuk subjek lain
Peperiksaan semester: 80% untuk Tahfiz | 70% untuk subjek lain
Peratus minimum untuk lulus ialah 50%.

PENGANUGERAHAN SIJIL DAN SLIP KEPUTUSAN PEPERIKSAAN
Slip Keputusan Peperiksaan akan diberikan selepas setiap peperiksaan semester. Sijil PPIQ akan diberikan kepada pelajar yang telah tamat pengajian Tahun 4.

PENGAJIAN LANJUTAN
Pelajar boleh sambung pelajaran mereka di peringkat Program Pendidikan Islam Lanjutan (PPIL) di Darul Huffaz.

YURAN
Yuran bulanan: $140 / bulan ($100 untuk Jun dan Disember)
Yuran peperiksaan dan buku: $80 / semester
Deposit: $140*
*Deposit hanya dipulangkan selepas setahun pelajar ikuti pengajian PPIQ.

PENDAFTARAN
Klik di sini untuk mendaftar.