Program Pendidikan Islam Lanjutan (PPIL)

MENGENAI PENGAJIAN INI
PPIL adalah program selama 2 tahun (4 semester) di peringkat kolej/diploma/pre-u. Aakn tetapi kandungan bagi setiap modul dikurangkan dan disesuaikan untuk pelajar dewasa di Singapura yang hanya hendak meningkatkan pengetahuan agama mereka.

SYARAT KEMASUKAN
Pernah mengikut mana-mana pengajian Islam di peringkat Fardu Ain (Tauhid, Fiqh, Akhlak dan Sirah)

BAHASA PENGANTARAAN
Bahasa pengantaraan ialah Melayu.

MODUL
1. Ulum Hadith
2. Ulum Al-Quran
3. Ilmu Tasauf
4. Fiqh Muamalat
5. Fiqh Munakahat
6. Ilmu Faraid
7. Qawaid Fiqhiyyah
8. Bahasa Arab

TEMPOH PENGAJIAN
Tempoh pengajian adalah selama 2 tahun.
Setiap tahun ada 2 semester.
Setiap semester ada 16 sesi
Setiap sesi selama 3.5 jam dan terdiri daripada 2 modul.

HARI DAN MASA
Pelajar boleh memilih salah satu daripada 2 kelas berikut:
1) Kelas Malam : setiap Selasa : 6.30 – 10.00 mlm
3) Kelas Pagi : setiap Ahad : 9.30 pagi – 1.00 ptg

SEMESTER
Semester 1 : January–May
Semester 2 : July–November
Sila lihat Academic Calendar untuk tarikh-tarikh penting program ini.

SUBJEK-SUBJEK TAHUN 2020 & 2021
2020 Sem 1: Fiqh Mu’amalat & Aqidah
2020 Sem 2: Usul Fiqh & ‘Ulum Al-Quran & ‘Ulum Hadith
2021 Sem 1: Bahasa Arab & Tasauf
2021 Sem 2: Qawaid Fiqhiyyah & Ilmu Faraid
2022 Sem 1: Fiqh Mu’amalat & Ulum Al-Quran
2022 Sem 2: Fiqh Munakahat & Ulum Hadith

PENILAIAN PENDIDIKAN
Sebuah peperiksaan bertulis akan diberikan kepada semua pelajar pada akhir setiap modul. Pelajar ada pilihan untuk mengambil peperiksaan tersebut atau tidak.
Gred lulus: A, B dan C.
Gred tidak lulus: U (Ungraded)

PENGANUGERAHAN SIJIL
Pelajar yang menduduki peperiksaan akan dianugerahkan Sijil Keputusan bergred manakala pelajar yang tidak menduduki peperiksaan tersebut akan diberikan Sijil Kehadiran. Pelajar yang selesai mengikuti kesemua 8 modul akan dianugerahkan sijil tamat pengajian.

YURAN
$350 / semester (termasuk yuran peperiksaan semester)
Pelajar perlu beli sendiri buku-buku teks yang diperlukan.

PENDAFTARAN
Klik di sini untuk mendaftar.