Talaqqi Kitab Adab Hamalah Al-Quran

Kitab Adab Hamalah Al-Quran karangan Imam al-Nawawi adalah kitab rujukan bagi sesiapa yang ingin mengetahui cara-cara dan adab-adab berinteraksi dengan Al-Quran, sama ada ketika solat dan di luar solat. Walaupun saiz kitab ini kecil, ia cukup pada dengan informasi yang perlu diketahui oleh setiap Muslim.

Buku yang sangat berharga ini telah diterjemahkan beberapa kali. Terjemahan terlengkap sejauh ini ialah terjemahan Syed Ahmad Semait dengan judul ‘Tata-Tertib Pengajian Al-Quran’.

Ikuti pengajian percuma bersama Ustaz Muhd Mihdhar bin Mahmood al-Hafiz yang akan mengupas dan menerangkan isi kandungan kitab ini. Para peserta akan diberikan satu naskhah percuma kitab ‘Tata-Tertib Pengajian Al-Quran’ selagi stok masih ada.

MASA
Setiap Jumaat, 8.30 – 10.00 malam

TEMPAT
Darul Huffaz Learning Centre @ PKMS Building

PENDAFTARAN
Pendaftaran boleh di buat di sini. Yuran pendaftaran ialah $20 untuk pelajar baru.

Kelas adalah PERCUMA.