Kursus Melagukan Al-Quran

Anda ingin mengetahui cara-cara melagukan bacaan Al-Quran dengan berbagai lagu yang merdu seperti para qari dan qariah?

Bengkel selama 6 sesi ini akan membimbing anta untuk membaca surah Al-Fatihah dengan lagu Bayyati dan Nahawand, dan surah Ad-Dhuha dengan lagu Bayyati.

Bengkel ini dikendalikan oleh Ustaz Muhammad Ismail Othman, qari Al-Quran lulusan Universiti Al-Azhar.

Klik di sini untuk mendaftar.

HARI DAN WAKTU
Jumaat, 7.45 – 8.45 mlm (1 jam)

TARIKH
11 Januari – 15 Februari 2018 (6 sesi)

SYARAT PENYERTAAN
1. Lelaki dan wanita
2. Umur 13 tahun ke atas
3. Sudah boleh membaca Al-Quran

YURAN
$90
*$20 bagi mereka yang belum pernah ikuti mana-mana kursus/kelas Darul Huffaz.

PENDAFTARAN
Klik di sini untuk mendaftar.