Kursus Ilmu Faraid

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

Belajarlah ilmu faraid dan ajarlahnya kepada manusia

(Hadith riwayat Ahmad daripada Ibn Mas’ud r.a)

Ilmu Faraid adalah ilmu berkaitan dengan pembahagian harta pusaka. Ia penting untuk diketahui dan dipelajari kerana setiap manusia sama ada mempunyai ahli keluarga yang telah atau akan pergi mengadap Allah dan mereka tinggalkan harta untuk diagihkan. Dan kita semua akan pergi juga kelak dan tinggalkan harta kita untuk dinikmati oleh orang yang masih hidup.

Bagaimana kita hendak uruskan harta pusaka ini? Dan apakah cara kita boleh tadbir dan susun harta kita untuk diagihkan selepas kematian kita?

Mari ikut kursus ini untuk mendalami ilmu Faraid bersama Ustaz Firdaus bin Yahya, pengarang kitab Huraian Ilmu Faraid.

Kursus akan dijalankan secara ONLINE melalui wadah ZOOM.

Klik di sini untuk mendaftar.

MASA KELAS
Setiap Selasa, 8.00 – 9.30 malam

BILANGAN MODUL
2 Modul

TARIKH KURSUS
Modul 1: 22 Sep – 27 Okt (6 sesi)
Modul 2: 3 Nov – 8 Dec (6 sesi)

YURAN KURSUS
$90 / modul (tidak termasuk buku Huraian Ilmu Faraid)
Yuran pendaftaran $20 bagi mereka yang belum pernah ikuti mana-mana kursus/kelas Darul Huffaz.

PEMBIMBING
Ustaz Firdaus bin Yahya

BUKU RUJUKAN
Pelajar digalakkan untuk membeli buku Huraian Ilmu Faraid ($20 termasuk pos). Sila klik di sini untuk membelinya.

PENDAFTARAN
Klik di sini untuk mendaftar.