Syarat Kemasukan
- Berumur 16 tahun ke atas
- Individu yang pernah mengikuti kursus fardu ‘ain yang diiktiraf
- Mampu membaca Al-Quran peringkat asas*
* Pelajar yang tidak memenuhi syarat ini dibenarkan untuk membuat permohonan tetapi dalam masa yang sama dia dikehendaki mengikuti kursus-kursus pengajian Al-Quran yang diiktiraf
Objektif Khusus
- Melahirkan individu Muslim yang memahami Islam, beramal dengannya dan menjalankan kewajipan Islahi.
- Menyiapkan pelajar dengan kefahaman asas dalam fardu ain (Aqidah, Syariah dan Akhlak) dan ilmu-ilmu asas (Bahasa Arab dan Pengajian Al-Quran) pada Semester 1 sehingga tahun Semester 4.
- Membaca al-quran dengan lancar beserta tajwid
Jadual Pengajian
Tempoh pengajian adalah selama dua tahun. Setiap tahun dibahagikan kepada dua semester.
Semester 1 : Januari—Mei 2012
Semester 2 : Julai—November 2012
Semester 3 : Januari—Mei 2013
Semester 4 : Julai—November 2013
Masa Kelas
Kelas diadakan setiap hujung minggu, setiap sesi selama 4 jam (termasuk rihat). Jadual kelas seperti berikut:
Sabtu : 2.00—6.00 ptg @ Darul Huffaz PKMS Building
Ahad : 9.00—1.00 ptg @ Akademi Tahfiz Guthrie Bulding
Subjek
Semester 1
Aqidah 1: Pengenalan kepada rukun Iman
Tafsir 1: Juz ‘amma ayat-ayat Iman
Hadis Nabawi 1: Hadis Iman & Akhlak
Semester 2
Sirah Nabawiyah 1: Zaman Kenabian & Risalah
Tajwid: Tajwid Al-Quran 1
Fiqh 1: Ehwal Thohorah, Solat & Puasa
Hafalan 1: Surah al- Fatehah hingga Al-Qariah
Semester 3
Fiqh 2: Ehwal Zakat & Haji
Aqidah 2: Kepentingan Aqidah & Bahaya Kufur
Tafsir 2: Hidayah Al-Quran
Semester 4
Tajwid: Tajwid Al-Quran 1
Sirah Nabawiyah 2: Selepas Era Hijrah
Hadis Nabawi 2: Sosiologi Seorang Mukmin
Hafalan 2: Surah al-‘Adiyat hingga Al-Fajr
Ujian
Pelajar akan mengambil SPI Pergas pada setiap akhir semester. Pelajar yang lulus semua modul akan diberikan Sijil SPI Pergas dan layak untuk meneruskan pengajian peringkat Sijil Lanjutan Pengajian Islam (SLPI) Pergas.
Yuran
Yuran : $350 / semester atau $70 / bulan
Yuran Pendaftaran
$70

