Had Umur
Program ini disasarkan kepada kanak-kanak peringkat umur 7 hingga 10 tahun.
Objektif Khusus
- Melengkap pelajar dengan ilmu-ilmu Islam dan Bahasa Arab asas.
- Melatih pelajar membaca dan menghafal surah-surah pendek Al-Quran.
Jadual Pengajian
Tempoh pengajian adalah selama dua tahun. Setiap tahun dibahagikan kepada dua semester.
Semester 1 : Januari—Mei (5 bulan)
Semester 2 : Julai—Oktober (4 bulan)
Masa Kelas
Kelas diadakan pada setiap Ahad, 1.30—4.30 ptg.
Subjek
Semester 1 : Al-Quran, Bahasa Arab, Fiqh, Aqidah
Semester 2 : Al-Quran, Bahasa Arab, Sirah, Akhlak
Ujian
Pelajar akan mengambil ujian ringkas pada akhir setiap semester.
Yuran
Yuran bulanan : $50 / bulan
Yuran material : $70 / semester (termasuk buku, nota dan lain-lain)
Yuran Pendaftaran
$20 bagi mereka yang belum pernah ikuti mana-mana kursus/kelas Darul Huffaz.

