Kumpulan Sasaran
Program ini disasarkan kepada pelajar peringkat remaja dan dewasa.
Objektif Kursus
- Memberi peluang kepada peserta untuk belajar asas ilmu Tajwid dengan cepat, secara praktikal dan sistematik.
- Meningkatkan kemahiran peserta membaca Al-Quran dengan baik melalui pendekatan latih-tubi.
Tempoh Kursus
Kursus ini ialah selama 12 minggu (3 bulan). Ia diadakan dua kali kali setahun:
- Januari – March 2012 (akan bermula pada 18 Januari 2012)
- Julai, September dan Oktober 2012 (akan bermula pada 4 Julai 2012)
Masa Kelas
Untuk lelaki dan wanita : Rabu 7.30 – 9.00 malam
Untuk wanita sahaja : Isnin 7.30 – 9.00 malam
Kandungan Kursus
Pelajar berpeluang untuk mempelajari dan melatih-tubi topik-topik berikut:
- Makhraj huruf
- Sifat huruf
- Sifat Huruf RoHukum Nun dan Mim Sakinah
- Hukum Mad
- Bacaan Awal Surah
- Tanda-tanda Khusus Rasm Uthmani
Buku
Peserta perlu membeli buku Praktikal Tajwid berharga $10.
Yuran Kursus
$120
Yuran Pendaftaran
$20 bagi mereka yang belum pernah ikuti mana-mana kursus/kelas Darul Huffaz.
Ujian
Tiada ujian bagi kursus ini.
Guru
Kelas hari Isnin : Ustazah Nur Sahibul Fadhilah bte Kamarul Zaman
Kelas hari Rabu : Ustaz Abdul Nasser bin Hussain

